Tips Makanan Semasa Hamil

Anda baru hamil?

Tahniah kepada bakal ibu2! Memandangkan sekarang anda bakal menjadi ibu, mungkin anda tertanya-tanya apa yang boleh dan tidak boleh makan, berapa kalori yang diperlukan.

images9

Pada masa di awal kehamilan, mungkin tidak begitu berselera, terutamanya jika mengalami mabuk di awal pagi. Tetapi cubalah makan secara sihat apabila diri sudah boleh terima makanan. Diet yang sihat akan membuatkan diri berasa lebih baik dan akan membantu bayi mendapatkan kesemua nutrien yang diperlukannya untuk membesar. Makan dengan kerap dalam kuantiti yang sedikit serta kerap meminum air boleh membantu menangani loya dan keletihan.

Perkara paling utama semasa di awal kehamilan ialah fokus pada asid folik.

B-complex-shaklee

Asid folik juga dikenali sebagai folat atau folasin, asid folik termasuk dalam salah satu kumpulan vitamin B. Ia wujud secara semulajadi sebagai folat dalam kekacang, sayuran hijau, beberapa buah, dan juga yis and ekstrak daging lembu. Sesetengah makanan seperti roti dan bijirin sarapan diperkuat dengan asid folik.

Kepentingan asid folik

Dalam masa 12 minggu pertama kehamilan, otak dan sistem saraf bayi terbentuk dan berkembang dengan pesat. Oleh sebab itu, adalah sangat penting untuk mengambil folik asid setiap hari pada masa itu. Asid folik menolong melindungi bayi dalam kandungan daripada kecacatan dalam sistem sarafnya (kecacatan tiub neural) seperti spina bifida.

Dalam trimester kedua, iaitu dari minggu ke-13 kehamilan, anda sudah boleh berhanti mengambil asid folik. Namun jika terus mengambil asid folik sepanjang kehamilan, ia tidak akan menjejaskan kesihatan anda ataupun bayi.

Pakar mengesyorkan setiap wanita yang merancang untuk hamil atau dalam 12 minggu pertama kehamilan supaya mengambil 400 mikrogram asid folik sebagai makanan tambahan.

Kita juga boleh membahagikan beberapa kategori makanan kepada beberapa jenis seperti berikut:

1. Daging, ayam dan makanan laut

Ayam-Masak-Merah-Sedap-Terbaik.

Semasa hamil, jauhkan daripada memakan sosej, nuget atau burger. Ayam atau daging mentah juga harus dielakkan kerana terdapat nakteria di dalamnya. Jika anda pengemar makanan Jepun terutamanya sushi, sila elakkan memakan yang mentah.
Seeloknya makanlah ayam, daging, ikan dan lain-lain yang dimasak sendiri yang lebih diyakini kebersihannya.

2. Telur dan tenusu

blogger-image-1537577642

Bagi telur pula, anda digalakkan untuk memakan telur yang sudah dimasak sepenuhnya dan bukan separuh masak atau mentah.

Sangat-sangat digalakkan minum susu sewaktu kehamilan. Badan memerlukan kalsium dan zat besi yang banyak untuk membantu pertumbuhan bayi di dalam kandungan. Minumlah susu segar atau yang telah dipasteurkan seperti yogurt.

Dapatkan supplimen kalsium jika anda tidak boleh minum susu. Ini untuk mengelakkan dari berlakunya kekejangan otot semasa hamil.

3. Sayur-sayuran dan buah-buahan

sayur-sayuran

Makanan semasa hamil bukan untuk ibu sahaja, tetapi ianya juga untuk bayi dalam kandungan. Walaupun anda tidak suka makan sayur-sayuran atau buah-buahan, makanlah sedikit untuk bayi anda.

4. Lain-lain makanan

Elakkan dari menyimpan dan memasak beberapa kali, kerana ianya tidak elok untuk badan. Bagi makanan di dalam tin pula, periksa tarikh luput dan di simpan dengan elok. Makanan yang berasaskan soya adalah sangat digalakkan. Untuk minuman soya yang tebaik, pastikan soyanya tidak diubah sifat asalnya seperti Energizing Soy Protein (ESP) soya non-GMO. Anda juga boleh menambah khasiat makanan anda dengan supplemen semulajadi dari Shaklee.

10451120_903778372988072_1781901111820181333_n

Boleh dapatkan khidmat nasihat percuma untuk kesihatan yang lebih sihat dengan membeli dari kami di Maisihat.

sid320

Untuk Info & Order:
Norzarina Khalid
019-265 9140 (SMS/Whatsapp/Wechat)
(SID 1150656)
norzarina.khalid@gmail.com

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *