Rezeki Yang Berkat

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera 🙂

Selalu rasa hati tak tenang, selalu rasa kenapa susahnya rezeki nak masuk…

Emm salah tu..sebenarnya rezeki bukan hanya pada duit sahaja, tapi dapat tengok suami setiap hari, dapat jaga anak 24jam/7hari pun dinamakan REZEKI juga. Always think positive dengan rahsia ALLAH. ^_^

rezeki-yang-berkat

Jom kita lihat antara sebab2 rezeki susah nak masuk. Jadi bolehlah kita cuba elakkan atau jauhkan dalam kehidupan harian kita:

  • Berkira untuk membantu memudahkan hal yang baik
  • Asyik mencanang perihal duit yang tidak cukup untuk urusan itu dan ini
  • Berkira untuk bersedekah walaupun seringgit
  • Banyak berbuat maksiat
  • Gemar mengungkit pemberian
  • Kurang beristighfar
  • Riak bila bersedekah
  • Tidak bersyukur

Mudah2an kita semua dijauhkan dari semua tu…Nak kongsi dengan kawan2 apa yang saya baca hari ini. Boleh dijadikan petunjuk dan panduan untuk diri ini yang banyak kekurangannya. JOM ke arah kebaikan! 🙂

Dalam Islam, keberkatan rezeki yang diinginkan ialah rezeki yang bertambah dan mengandungi kebaikan di dalamnya. Rasulullah SAW telah menggariskan beberapa cara agar rezeki menjadi lancar, berkat dan halal. Antaranya:

1. Menjauhi pekerjaan haram dan subahat

Setiap orang hendaklah taat kepada Allah SWT dan tidak melakukan dosa kerana dosa akan menutup pintu rezeki.

Sabda Rasulullah SAW bermaksud: “Dan seorang lelaki akan diharamkan baginya rezeki kerana dosa yang dibuatnya.” (riwayat at-Tirmizi).

Selain itu, dekatkanlah diri kepada Allah dengan ibadah tambahan seperti solat Dhuha dan solat Tahajud.

2. Bekerja sungguh-sungguh

Sabda Rasulullah SAW bermaksud: “Sesungguhnya Allah SWT senang melihat hamba-Nya bersusah payah (kelelahan) dalam mencari rezeki yang halal.” (riwayat Adailami)

3. Mengadu masalah rezeki hanya kepadaNya

Sabda Rasulullah SAW bermaksud: “Barang siapa tertimpa kemiskinan, kemudian ia mengadukannya kepada sesama manusia, maka tidak akan tertutup kemiskinannya itu. Namun, siapa sahaja yang mengadukannya kepada Allah, maka Allah akan memberinya rezeki, baik segera ataupun lambat.” (riwayat Abu Daud dan al-Tirmizi)

4. Memperbanyakkan beristighfar

Rasulullah SAW bersabda: “Barang siapa memperbanyak istighfar, maka Allah SWT akan menjadikan setiap kesulitan kelapangan dan setiap kesempitan jalan keluar dan Allah akan memberinya rezeki dari jalan yang tidak pernah disangka-sangkanya.” (riwayat Imam Ahmad)

5. Sabar dan banyak membaca la hawla wa laa quwwata illa billah.

Diriwayatkan bahawa Salim, anak laki-laki ‘Auf bin Malik al-Asyja’iy telah ditawan oleh orang musyrik. Kemudian, ‘Auf datang mengadu kesedihannya kepada Rasulullah.

Baginda SAW berkata: “Bertakwalah kepada Allah, bersabarlah dan aku anjurkan agar kamu dan isterimu memperbanyak bacaan, La hawlah wa laa quwwata illa billah. ‘Auf kembali ke rumahnya dan menyatakan suruhan Rasulullah SAW itu. Keduanya, segera melaksanakan perintah Rasulullah SAW. Akhirnya, anaknya berhasil meloloskan diri daripada musuh dan membawa ternakan kambingnya sebanyak 4,000 ekor di hadapan ayahnya. (Tafsir Qurthubi, surah al-Thalaq: 3)

6. Tawakal sepenuhnya kepada Allah SWT

Sabda Rasulullah SAW bermaksud: Jika kamu bertawakal kepada Allah dengan sebenar-benarnya, nescaya Allah akan memberikan rezeki kepada kamu, sebagaimana Allah telah memberi rezeki kepada burung yang berangkat di pagi hari dengan perut kosong dan kembali ke sarangnya dengan perut kenyang. (riwayat Bukhari)

7. Bersedekah dan nafkahkan harta kepada yang berhak

Sabda Rasulullah SAW bermaksud: “Ada tiga hal yang aku bersumpah kepadanya dan aku akan menyampaikan suatu berita kepadamu, maka perhatikan benar-benar: Tidak akan berkurang harta seseorang kerana sedekah dan tiadalah seseorang membuka pintu meminta-minta melainkan Allah akan membukakan kepadanya pintu kemiskinan.” (riwayat al-Tirmizi)

8. Tolong agama Allah dengan menegakkan syariat Islam

Firman Allah SWT bermaksud: Hai orang-orang mukmin, jika kamu menolong (agama) Allah, nescaya Dia akan menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu. (Muhammad: 7)

 

Moga bermanfaat untuk kita semua. Ingatlah yang rezeki Allah itu LUAS. Sentiasa ada untuk setiap hambaNya. Yakin dengan pertolongan Allah, yakin dengan janji Allah. InsyaAllah Allah selalu dekat dengan kita. 🙂

Maafkan diri ini jika ada kesilapan. Tegurlah diri ini andai ada kesalahan. – Zarina 🙂

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *