Resepi Minuman ESP Yang Berkhasiat

Ramai orang tanya tentang ESP ini macam mana hendak minum, boleh macam tu ke, boleh macam ni ke. Jawapannya senang je nak minum ESP ni. Tak susah pun. Kali ini saya nak kongsikan cara-cara bancuh ESP terutama kepada yang baru nak mencuba.

Cara minum ESP Shaklee:
JANGAN GUNAKAN AIR PANAS. Ini kerana boleh merosakkan protein di dalamnya. Boleh guna air suam atau air sejuk. Ikut pilihan masing-masing.
– Boleh minum sekali atau dua kali sehari asalkan tidak melebihi daripada 3 sudu besar sehari.
– Kuantiti setiap kali makan 1 sudu besar atau 1.5 sudu besar ESP dicampurkan dengan minuman kesukaan. (Jangan minum ESP dengan minuman berkafein)
– Boleh diminum pada waktu pagi dan malam. Sebaik-baiknya semasa perut kosong.

Resepi ESP yang terbaik:
1. ESP + Air suam.
2. ESP + Fresh Milk.
3. ESP + Fresh Milk + kurma (rendam kurma dalam susu, lepas beberapa jam, blend/shake, dan campurkan dengan 1 sudu ESP)
4. ESP + Susu Anmum (apa2 susu pun boleh).
5. ESP + Performance Drink Shaklee + MealShake Shaklee.
6. ESP + Nesvita 3 in 1.
7. ESP + jus twister tropicana ESP.
8. ESP + Ribena
9. ESP + any fruit juice ( tembikai, epal, lobak putih,peria,pegaga)
10. ESP + Milo/Horlicks
11. ESP + sirap bandung
12. ESP + Meal Shake + Aiskrim (buatan sendiri)
13. ESP + koko + minyak zaitun + oat + madu + susu (semua ni dibancuh dan blend), Ianya bagus untuk otak, tenaga, dan diet yang sihat. Resepi ini telah dikongsikan oleh Prof Dr. Muhaya.

Ini cara saya, campurkan ESP dengan air ribena sejuk, guna bekas tertutup ikut saiz yang dikehendaki, kemudian goncang sehingga ESP sebati dengan air ribena, dan minum! 🙂
*Nasihat saya, pastikan terus minum selepas siap goncang, ini untuk mendapatkan rasa segar yang sempurna.

ESP Recipe

Banyak lagi yang boleh dicuba. Selain itu boleh dapat banyak khasiat bila minum ESP ini. Rasa sentiasa bertenaga dan kenyang je. Tidak semestinya untuk perempuan sahaja, lelaki pun sesuai jugak. Satu keluarga boleh sihat dengan ESP ini insyaAllah.

sid320Untuk Info & Order:
Norzarina Khalid
019-265 9140 (SMS/Whatsapp/Wechat)
(SID 1150656)
norzarina.khalid@gmail.com

One Comment

  1. Alhamdulillah, terbaik resepi nih

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *