Penyakit HFMD Di Malaysia

Semakin hari semakin banyak sekolah, tadika, pusat asuhan ditutup berikutan penularan penyakit HFMD di Malaysia. Baru-baru ini juga dikejutkan dengan kematian bayi berusia 17bulan disebabkan HFMD.

Catatan pada 19 Julai 2018, Dato Dr Noor Hisham Abdullah (Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia) menyatakan sebanyak 33,425 kes HFMD dlaporkan. Berdasarkan dari kes yang semakin meningkat, ini telah menyebabkan sejumlah 449 premis diarahkan tutup. Ini termasuklah 198 buah pusat asuhan kanak-kanak, 197 buah tadika dan 23 buah sekolah.

Berikutan peningkatan kes penyakit HFMD di Malaysia pada tahun ini semakin meningkat sehingga kini terdapat 39,174 kes (30 Julai 2018), mendatangkan kebimbangan di kalangan ibu bapa akan penyakit bawaan virus enterovitus ini.

Apa itu penyakit HFMD?

HFMD merupakan singkatan kepada hand-foot-mouth-disease (penyakit tangan kaki mulut), iaitu penyakit bawaan virus enterovirus yang sangat mudah berjangkit. Terdapat 2 jenis virus penyebab utama HFMD iaitu Coxsackie A16 dan Enterovirus71 (EV71). Pada tahun 2018, aktiviti EV71 didapati meningkat sejak Mac 2018. EV71 ini boleh menyebabkan komplikasi iaitu dehidrasi, keradangan otak, kegagalan jantung dan sistem pernafasan dan kematian.

Jangkitan ini boleh berlaku melalui sentuhan terus terhadap pesakit (cecair hidung, kulit dan lain-lain) ataupun sentuhan secara tidak langsung terhadap barang-barang pesakit yang telah dijangkiti atau alatan lain yang tercemar dengan virus ini.

Penyakit ini sangat mudah berjangkit terutama di tempat yang menempatkan ramai kanak-kanak seperti pusat asuhan, tadika, dan sekolah-sekolah.

Ruam lepuh (vesicles) kebiasaannya muncul pada bahagian kaku, tangan dan mulut pesakit. Tetapi bagi bayi dan kanak-kanak kecil, ruam lepuh ini juga boleh timbul di bahagian punggung dan private part mereka.

Selain itu kanak-kanak yang dijangkiti juga mengalami simptom-simptom tidak spesifik seperti berikut:

  • demam low grade
  • sakit tekak
  • sakit kepala
  • hilang selera makan
  • ulser pada tekak mulut dan lidah
  • tidak aktif

Bahayakah penyakit HFMD ini?

Kebanyakkannya kes HFMD di Malaysia akan sembuh sendirinya. Yang menjadi cabaran ialah kerana penyakit ini sangat mudah berjangkit dan perlunya kuarantin yang ketat untuk mengelakkan penularan. Jika ibu bapa kawal dan kuarantin anak-anak mereka dengan ketat, InsyaAllah mereka cepat sembuh.

Antara tanggungjawab ibu bapa dan penjaga:

  1. Dapatkan nasihat daripada doktor dengan segera sekiranya terdapat tanda-tanda HFMD pada anak-anak
  2. Peka kepada sebarang perubahan tingkah laku anak-anak seperti kerengsaan dan senang mengantuk, tidak aktif
  3. Segera membawa anak-anak ke hospital sekiranya mereka tidak mahu makan dan minum, muntah berterusan, tidak aktif dan nampak keletihan
  4. Elakkan menghantar anak-anak ke puast asuhan, tadika atau sekolah sekiranya terdapat kanak-kanak yang mengalami simptom-simptom di atas
  5. Sapu dan bersihkan hidung dan mulut anak dengan tisu dan segera buang tisu tersebut dangan sempurna
  6. Amalkan cucian tangan yang betul untuk menjaga kebersihan tangan
  7. Sekiranya dijangkiti HFMD, kuarantin anak sebaiknya utnuk mengelakkan jangkitan kepada kanak-kanak lain

Rawatan HFMD

Kebiasannya penyakit bawaan virus kebanyakkannya akan sembuh dengan sendirinya, begitu juga HFMD. Jadi, rawatan HFMD ialah lebih kepada melegakan simptom yang ada contohnya;

  • ubat demam jika kanak-kanak demam
  • gel sapuan untuk disapu pada ulser dalam mulut
  • syrup selsema untuk selsema dan sebagainya

Salah satu tips melegakan lepuh di mulut kanak-kanak ialah menggunakan air garam bagi membilas mulut mereka sekiranya anak-anak boleh berkumur tanpa menelannya. Untuk ini, cuma ambil setengah sudu garam dilarutkan ke dalam segelas air suam untuk dikumur.

Kesimpulannya, utamakan kebersihan diri dan keluarga walau di mana kita berada. Kes HFMD yang semakin meningkat di Malaysia tahun ini memerlukan kerjasama dari semua pihak terutamanya ibu bapa dan penjaga. Didik anak tentang kebersihan dari kecil, InsyaAllah akan terbawa2 hingga dewasa. Mudah-mudahan kita semua dilindungi Allah dari segala penyakit.

sid320

Untuk Info & Order:
Norzarina Khalid
019-265 9140 (SMS/Whatsapp/Telegram)
(SID 1150656)
norzarina.khalid@gmail.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *