Kenapa kita perlukan protein?

image

Seperti yang kita ketahui, protein sangat penting untuk membentuk struktur asas badan kita iaitu seperti otot, organ, kalenjar, tulang dan gigi.

Ia membekalkan tenaga kepada badan dan diperlukan untuk menghasilkan hormon, antibodi, enzim dan juga tisu. Selain itu ia juga sebagai pengekal imbangan antara asid dan alkali.

SEL ——> TISU ——–> ORGAN ———> SISTEM

Struktur badan kita terdiri daripada sel. Kemudian, sel-sel ini akan membentuk tisu-tisu. Seterusnya, tisu-tisu akan membentuk organ dan akhir sekali, organ-organ ini akan membentuk sistem. Oleh sebab itu, badan kita sangat memerlukan protein.

Protein adalah makanan utama bagi sel tubuh manusia. Sel-sel yang sihat akan dapat menghasilkan tubuh badan yang sihat dan cergas.

image

Piramid Makanan

Setiap hari, kita akan makan lauk-pauk yang mengandungi sumber protein seperti ayam, daging, telur, ikan, kekacang dan banyak lagi.

Tetapi tahukah kita yang sebenarnya protein ini sangat mudah termusnah apabila dikenakan suhu tinggi? Contohnya kita goreng ikan. Berapa banyak protein yang tinggal? Jadi, itulah sebabnya kenapa kita memerlukan sumber protein tambahan yang lebih berkualiti.

Protein untuk hormon:

Apabila hormon tidak stabil, pelbagai masalah atau penyakit senang datang. Antaranya berat badan naik mendadak, daya ingatan lemah, kurang tenaga dan cepat letih, kulit wajah cepat berkedut, hilang seri dan kusam, rambut gugur dan tak bermaya.

Protein untuk antibodi:

Antibodi merupakan biomolekul yang tersusun atas protein dan dibentuk untuk respons kepada benda-benda asing yang tidak dikehendaki di dalam tubuh kita. Ia digunakan untuk menetralkan atau menghancurkan antigen yang masuk ke dalam tubuh.

Protein untuk pergerakan:

Protein berfungsi untuk pergerakan pada tubuh manusia. Contohnya protein aktin dan myosin, yang berfungsi dan berperanan dalam kontraksi otot dan pergerakan badan. Protein juga sering disebut sebagai salah satu dalam program diet sihat tanpa ubat yang selamat dan semula jadi.

Protein untuk enzim:

Protein berfungsi untuk reaksi biokimia dalam tubuh. Ianya sering disebut sebagai pemangkin kerana terpaksa mempercepatkan reaksi kimia dalam tubuh badan. Sebagai contoh, protein jenis ini adalah enzim lactase dan pepsin. Lactase memecah laktosa gula yang dijumpai di dalam susu. Walaupun manfaat meminum susu adalah baik, tetapi kadar gulanya juga perlu dikawal dengan baik. Pepsin pula merupakan enzim pencernaan yang bekerja di perut untuk memecah protein dalam makanan agar ianya mudah diserap oleh tubuh badan kita.

Protein sebagai alat penyimpan:

Protein jenis ini adalah untuk menyimpan asid amino seperti ovalbumin dan kasein. Ovalbumin dijumpai di dalam putih telur dan kasein adalah protein yang berasaskan susu.

Protein sebagai alat pengangkutan:

Protein berfungsi sebagai membawa molekul ke satu bahagian ke bahagian tubuh badan yang lain. Contohnya seperti hemoglobin mengangkut oksigen melalui darah dan dibawa ke seluruh tubuh badan.

Protein sebagai alat sokongan:

Protein dapat memberikan sokongan kepada bahagian badan yang lain. Jenis protein ini seperti keratin, kolagen, dan elastin. Keratin mengukuhkan penutup pelindung seperti rambut, bulu-bulu, tanduk, dan separuh. Kolagen dan elastin memberikan sokongan untuk rangkaian lain seperti tendon dan ligamen.

imageSemestinya ESP mematuhi kriteria pemilihan soya yang selamat. Paling penting, ESP sentiasa selamat, sentiasa berkesan dan sentiasa mesra alam. Ramai yang telah merasa kebaikan dan betapa bagusnya ESP selepas mengambil secara konsisten selama 3 hingga 4 minggu. Ada yang kata, kulit makin licinlah, kulit makin lembut, parut jerawat makin pudar, rambut dah kurang gugur, susu makin banyak, suami makin sayang dan macam-macam lagi!

sid320
Untuk Info & Order:
Norzarina Khalid
019-265 9140 (SMS/Whatsapp/Wechat)
(SID 1150656)
norzarina.khalid@gmail.com

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *