Mealshake Shaklee Tidak Selamat Untuk Kanak-kanak?

Kredit info from LifeFit.my

ISU 1: MEALSHAKE SHAKLEE ADA MALTODEXTRIN

image1

Isu pertama yang diperkatakan adalah disebabkan Mealshake Shaklee ada mengandungi Maltodextrin di dalamnya. Apa itu Maltodextrin?

Maltodextrin adalah bahan tambahan (additive) yang biasa digunakan dalam makanan yang diproses sebagai ‘thickener’ atau ‘filler’. Tapi sebenarnya Maltodextrin ini adalah sejenis karbohidrat complex yang biasanya diekstrak dari beras, jagung, kentang, barli dan gandum. Jadi Maltodextrin ni bukannya bahan kimia yang dihasilkan dalam makmal atau kilang. Ianya diekstrak dari makanan asas kita juga. Ia memang biasa dijumpai dalam protein shake seperti Mealshake Shaklee sebab ia diperlukan untuk bekalkan ‘glucose’ dengan cepat kepada badan disebabkan sifatnya mempunyai Indeks Glisemik tinggi.

Memang ia bukanlah makanan yang sihat kerana disebabkan Indek Glisemik nya tinggi , Maltodextrin akan diserap dengan cepat oleh badan dan ditukarkan menjadi ‘glucose’ di mana jika tidak digunakan oleh sel badan, ia akan bertukar menjadi lemak. Itu sahaja keburukan Maltodextrin. Makanya jika nak ambil makanan yang mempunyai kandungan Maltodextrin yang tinggi, ambil lah selepas bersenam kerana ketika itu badan memerlukan ‘sugar’ atau ‘glucose’ dengan capat dan Maltodextrin boleh bekalkan kepada tubuh kita.

ISU 2: KANDUNGAN GULA DALAM MEALSHAKE SHAKLEE

image2

Isu kedua adalah kandungan gula atau ‘sugar’ dalam Mealshake Shaklee Ia menjadi isu kerana di pelekat ‘Ingredients’ pada Mealshake, tertulis untuk serving per 100g, Mealshake Shaklee membekalkan 47.1g ‘sugar’ yang mana agak tinggi untuk kanak-kanak.

Ya, ia memang tinggi jika kita beri anak kita makan 100g Mealshake Shaklee sehari. Tetapi panduan pada botol Mealshake Shaklee sendiri sudah tertulis Serving Size yang dicadangkan hanyalah 34g sehari iaitu bersamaan dengan 1/4 cup di mana ia mengandungi cuma 16.0g ‘sugar’.

Jadi kalau kita ikut panduan makanan yang betul, adakah ia masih tidak selamat?

ISU 3: MEALSHAKE TIDAK SESUAI UNTUK ANAK BAWAH 4 ATAU 6 TAHUN

Jika ditanya kebanyakan pengedar, ramai yang akan jawab Mealshake Shaklee boleh diberi kepada anak berusia 1 tahun ke atas. Jadi isu ketiga yang timbul adalah Shaklee tidak pernah mengatakan ia selamat untuk kanak-kanak berusia 1 tahun. Apa yang kita harus tahu, serving size 34g dicadangkan oleh Shaklee itu adalah panduan umum untuk orang dewasa dan anak yang sudah bersekolah yang sudah mempunyai sistem penghadaman yang matang.

Jadi semestinya usia 1 tahun sistem penghadamannya masih belum matang. Di sinilah para ibu harus menggunakan kebijaksanaan. Untuk anak-anak bawah 4 atau 6 tahun, jika mahu diberikan Mealshake Shaklee, kita ada panduan pengambilan yang khusus. Panduan pengambilan ini diselaraskan mengikut umur anak supaya tidak membebankan sistem penghadaman anak yang masih belum matang.

image3

Semuanya bergantung pada diri masing-masing. Jika tidak yakin walaupun sudah ada panduan pengambilan Mealshake Shaklee yang betul mengikut umur anak, usah berikan kepada mereka. Tapi jika yakin, pastinya Mealshake Shaklee pilihan tepat untuk kesihatan seharian anak yang tersayang.

Saya memang beri anak saya Mealshake Shaklee sejak umur die setahun lebih. Alhamdulillah perkembangan die sentiasa baik. Kita hanya mampu berusaha yang terbaik untuk si kecil, DIA yang menentukan segalanya.

sid320Untuk Info & Order:
Norzarina Khalid
019-265 9140 (SMS/Whatsapp/Wechat)
(SID 1150656)
norzarina.khalid@gmail.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *