MaiSihat: Krim Herbal Blend Terbaik Untuk Ruam Bayi

Assalamualaikum, Salam Ceria Semua ☺️☺️

Bayi dan ruam tidak dapat dipisahkan. Lebih-lebih lagi bayi yang masih dalam pantang. Kulit bayi sangat-sangat sensitif dan tidak boleh disapu dengan krim sebarangan lebih-lebih lagi krim yang tinggi bahan kimianya. Hari ini nak kongsi dengan kawan-kawan tentang ruam panas si kecil. Semoga bermanfaat. 😃😃

Apa itu ruam panas?

Ruam panas biasanya terjadi apabila badan si kecil tiba-tiba diserang bintik-bintik ruam merah terang di leher, bawah lengan atau di tepi pampers atau seluar dalam. Ruam panas boleh keluar apabila badan si kecil terlalu panas lebih-lebih dalam cuaca panas dan lembap seperti di Malaysia ini.

Ruam panas biasanya boleh timbul di kelipat-kelipat atau di bahagian-bahagian di mana pakaiannya terletak dengan ketat. Jika si kecil memakai topi, ruam boleh merebak ke kulit kepala atau dahi.

Apakah yang menyebabkan ruam panas?

Si kecil akan berpeluh untuk menyejukkan badannya. Jika dia berpeluh terlalu banyak sehingga pori kulit menjadi tersumbat dan peluh tidak dapat keluar, ruam panas akan timbul. Bayi dan kanak-kanak kecil lebih senang mendapat ruam panas kerana kelenjar peluh mereka belum matang sepenuhnya.

Pakaian yang tebal atau ketat boleh menyebabkan iritasi menjadi lebih teruk. Bayi boleh mendapat ruam panas daripada apa sahaja yang menyebabkan dia banyak berpeluh, seperti suhu tinggi.

Adakah ruam panas serius?

Tidak. Ia adalah petunjuk yang si kecil terlalu panas. Jika tidak mengambil langkah untuk menyejukkan badannya, dia mungkin boleh terkena strok haba atau kelesuan haba.

Jika ini berlaku, si kecil tidak akan dapat mengawal suhu badannya yang mana subunya mungkin naik lebih tinggi daripada normal dan dia boleh mengalami nyahhidrat.

Bagaimana hendak merawat ruam panas?

Kebanyakkannya ruam panas boleh hilang dalam beberapa hari. Ada beberapa cara yang boleh dilakukan untuk melegakan gatal dan ketidakselesaan si kecil anda.

☘ Kurangkan kepanasan dan kelembapan

Beralih ke bilik yang berangin atau ruang yang teduh. Pastikan pengedaran udara dalam bilik berada dalam keadaan yang baik.

☘ Tanggalkan pakaiannya atau pakaikan baju daripada kain kapas

Fabrik sintetik seperti polister atau nilon memerangkap panas. Jadi pilihlah fabrik semulajadi seperti kapas. Ia boleh membuatkan si kecil anda lebih selesa.

☘ Pastikan badannya sentiasa sejuk

Sejukkan kawasan ruam dengan menggunakan tuala basah, atau mandikan si kecil. Biar kulitnya kering sendiri tanpa di lap dengan tuala kering. Ini dapat membantu memulihkan ruam.

☘ Gunakan loysen

Boleh gunakan Krim Herbal Blend untuk kurangkan merah, rasa gatal si kecil. Krim ini selamat, tidak ada bahan kimia yang merbahaya, menyejukkan badan si kecil.

Perlukah membawa anak berjumpa doktor kerana ruam panas?

Boleh. Bawalah anak berjumpa dengan doktor jika suhu badannya makin meningkat, ruam tidak hilang dalam masa tiga atau empat hari, ataupun ruamnya menjadi lebih teruk.

Testimoni: Krim Herbal Blend untuk ruam bayi.

12049671_454929834711883_5175146830187249274_n

Sebelum: Ruam merah dekat lengan bayi

Selepas: Ruam hilang selepas sapu dengan krim herbal blend. Kulit bayi pun makin elok. Alhamdulillah dengan izin Allah. 😇😇

Sebagai ibu ayah yang prihatin, sediakanlah 1 rumah 1 Krim Herbal Blend. Boleh digunakan seisi keluarga. ☺️☺️

Kunjungi kami di FB Page : MaiSihat dan juga Instagram: sihat.cergas_bymaisihat 😊😊

sid320

Untuk Info & Order:
Norzarina Khalid
019-265 9140 (SMS/Whatsapp/Telegram)
(SID 1150656)
norzarina.khalid@gmail.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *