MaiSihat: Keperluan Kalsium Untuk Tulang Yang Sihat

Assalamualaikum, Salam Ceria Semua ☺️☺️

Tulang adalah struktur penting dalam tubuh kita. Ia membina kerangka tubuh, menyokong berat badan, melindungi organ-organ utama seperti paru-paru, jantung, hati dan buah pinggang. 99% kalsium berada pada tulang dan gigi. Disebabkan itu, kita seharusnya sentiasa menjaga kesihatan tulang sebaik-baiknya.

Tahukah anda keperluan kalsium harian untuk wanita dan lelaki yang berusia 50tahun ke atas?

Ya, mereka memerlukan 1500mg Kalsium setiap hari. Ini untuk mengelakkan mereka dari rasa sakit lutut, sakit kaki, mahupun sakit pinggang yang kerap. Lihat sahaja ibu dan ayah kita, mereka banyak minum susu atau kopi atau teh? Haa dapat jawapan kan.

Bagaimana pula dengan wanita hamil dan menyusu? Berapa jumlah kalsium yang diperlukan oleh mereka setiap hari?

Ya, mereka memerlukan antara 1200-1500mg setiap hari. Ibu hamil memerlukan kalsium yang lebih untuk menampung juga keperluan kalsium bayi di dalam kandungannya. Bayi dalam kandungan memerlukan lebih banyak kalsium untuk membentuk menjadi bayi yang sihat. Begitu juga dengan ibu yang menyusukan anak. Susu yang diminum oleh anak lebih berkalsium tinggi dan ibu juga tidak kekurangan kalsium.

Jom kita lihat berapa pula jumlah kalsium yang diperlukan oleh orang dewasa yang sihat.

Ya, orang dewasa hanya memerlukan 1000mg kalsium setiap hari. Ia bersamaan dengan 2 gelas susu berkalsium tinggi. Ini untuk mengelakkan sakit badan, sakit tulang di hari mendatang.

Berapa pula jumlah kalsium yang diperlukan remaja?

Ya, 1300mg yang diperlukan seorang remaja. Masa inilah tulang nak membentuk untuk anda kelihatan lebih tinggi hehee

Di mana level anda? Dah tahukan jumlah kalsium yang anda perlu ambil setiap hari. Yang tak suka, tak boleh minum susu, boleh ambil OSTEMATRIX sebagai pengganti sumber kalsium anda. Mencegah lebih baik sebelum terlambat. 😊😊

sid320

Untuk Info & Order:
Norzarina Khalid
019-265 9140 (SMS/Whatsapp/Telegram)
(SID 1150656)
norzarina.khalid@gmail.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *