MaiSihat: Herbal Blend Multipurpose Cream Yang Terbaik

Assalamualaikum w.b.t. Salam Ceria semua!! 🙂 🙂 🙂

Hari ini nak kongsi feedback dari kawan2 yang pernah guna Krim Herbal Blend Shaklee ini. Ramaiii peminat krim ini rupanya. Krim pelbagai guna kegunaan ini memang mudah meresap ke dalam kulit dan tidak meninggalkan kesan berminyak pun. Bau dia pun best dan nyaman je.

Herbal Blend Krim ini diperkayakan dengan ekstrak semulajadi seperti Rosemary Leaf, Horse Chestnut Seed, Chamomilla, Sage Leaf, dan Yarrow (boleh lihat di sini). Selain itu krim ini bebas dari paraben dan 1 tiub mengandungi 113g (4oz).

Testimoni #1: Tumit pecah-pecah

krim1

Sebenarnya tak pandai nak cite… Tapi nak cite jugak sebab nak kongsi gembira. Cerita #shakleeeffect… Akak rasa ramai yang mengalami masalah yang sama kan termasuk la akak… Malu nak cite sebenarnya… Ni pasal kaki atau tumit yang pecah-pecah dan kasar.

Nampak buruk bergaris hitam, kasar dan kering… Pssst kalau jalan kat carpet boleh sangkut tau… Teringat dulu2 ketika zaman sekolah arwah bapa akak (Al-Fatihah untuk arwah) dia cakap kalau orang perempuan tumit pecah2 dia kata macam tiang jamban…

Sebenarnya dan macam-macam cream cuba tapi tidak berkesan. Tapi… bila masuk member Sid Shaklee… kenapa ye…. cream herbal blend ni memang laris sangat atau terlajak laris… pinjam kata2 datuk syukri…

Lepas tu baru teringin nak cuba… Setelah guna Herbal blend dua kali sehari pagi dan petang… Alhamdulillah nampak perubahan dan kesan selepas seminggu guna…

Happy sangat… Bukan setakat tumit… gatal2 kulit akak guna Herbal Blend tau… Kalau ada sape2 yang mengalami masalah yang sama jangan berlengah lagi, cuba atasi masalah dengan cepat… Insyallah berkesan. Akak dah cuba kawan2 bila lagi?

– Dari Kak Hamidah.

==============================

Testimoni #2: Jerawat

12093583_941921039224573_1403068402_n

Bila tiba-tiba jerawat batu naik, macam-macam home made treatment buat, letak ubat jerawat berhari-hari pun tak kecut, lagi merah ada lah.

Bila letak je herbal blend dekat jerawat yang besar & merah-merah semalaman, pagi dah kecut & tak merah!

Yang penting dah tak sakit nyut nyut kat jerawat tu. Alhamdulillah syukur sangat. Malu sangat bila cakap dengan orang asyik pandang jerawat kite je, pastu rasa tak berkeyakinan diri bila jumpa ramai orang.

Hari ni boleh pegi kerja dengan yakin!

– Dari Nurul Nadiah Othman

==============================

Testimoni #3: Eczema

11813444_434630066741860_6766219794810098767_n

Anak ke 2 saya memang dari awal ada ekzema..tak teruk sangat tapi memang dia tak lena tidur sebab asyik dok garu je..

Saya apply herbal blend dan saya amalkan esp dan omega secara konsisten. Alhamdulillah ok..kalau datang time saya makan udang ke..memang akan naik balik..tapi sapu je herbal blend nipis2..memang 3 hari complete hilang. Siap ada yang pernah hampir bernanah jadi kering jerr…

Sebab tu kalau herbal blend restock je memang saya akan rembat..anak saya memang perlukan tu..

Tapi alhamdulillah..saya memang jatuh dengan herbal blend…

– Dari Puan Rehana

==============================

Testimoni #4: Ruam Baby

12049671_454929834711883_5175146830187249274_n

Ruam pada baby memang sering berlaku. tak kiralah ruam lampin ke, ruam susu ke, ruam peluh ke. Selalunya baby memang alami masalah ni termasuklah anak Azie sendiri, Haris. Tapi anak Azie sejak dari lahir dah ada ruam. Di muka dan satu badan ada. Sedih tengok anak macam tu.

Azie apa lagi cari lah herbal blend ni. Dah lah herbal blend ni PRODUK ‘BERHANTU‘. Asal restock je confirm 2, 3 jam lepas tu licin!! Nasiblah dapat beli satu dengan kawan SID ni.

Poslaju sampai je kat rumah, tak menyempat, terus sapu pada badan Haris. Excited terlebih ^^. Amazingly, dalam beberapa hari, RUAM tu SEMAKIN SURUT!! Ibu mana tak happy bila tengok kulit anak makin elok, makin baik. Azie teruskn sapu sampai lah ruam dah hilang! Happy! Happy!

Sekarang Haris dan 3 bulan lebih dah. Masih lagi guna, tapi bukan lah setiap hari. Hanya guna kalau ada gigitan semut, nyamuk, ruam susu ke. Memang kurang dari seminggu dah surut dan tak berbekas.

Kadang2 Azie guna jugak untuk tumit. Maklumla, dah bersalin ni. Kulit semua kering. InsyaAllah dengan penggunaan konsisten boleh nampak hasil yang kita nak. Memang banyaklah kegunaan herbal blend ni. Untuk RUAM, PARUT, STRETCH MARK, KULIT KERING, PARUT CHICKEN POX dan banyak lagi.

Sebab tu lah herbal blend sangat ‘berhantu’. Produk elok memang lah orang nak beli. Tak gitu?? ^^

– Dari Puan Nor Sadri

==============================

Testimoni #5: Eczema

11811554_433769700161230_94923242728855500_n

Nak share experience sendiri merawat ekzema Ahnaf secara luaran.

Asasnya, Ahnaf mengalami ekzema dari umur 3 bulan lagi. So, macam2 krim dah guna untuk lembapkan kulit, tapi tak jadi. Daripada yang natural macam minyak kelapa, minyak zaitun, moogoo sampai la yang ada steroid. Yang steroid tu sebab pharmacist tu tipu cakap krim tu takda steroid.

Jadi bila herbal blend shaklee ada stok, angkut 3 tiub. Sapu setiap kali lepas mandikan dia, tanpa lap dulu badan. Alhamdulillah, hasil macam dalam gambar bawah dan kanan tu. Time frame tak rekod, tapi guna 2 tiub herbal blend. Sapu setiap kali tukar lampin. Oh, yang hitam tompok di betis kanan tu tanda lahir dan bekas parut sikit. Plus Ahnaf ada garu2 jugak sebab ibu lambat potong kuku. Warna kulit Ahnaf memang tak sekata, kena tengok depan2 baru nampak clear. After effect dari rawatan phototheraphy masa newborn dulu.

Apapun, rasa syukur sangat sebab Ahnaf dah tak menggaru2 tiap malam sebelum tidur. Nak tidurkan dia pun susah. Ibu masih sapukan Herbal Blend sebagai lotion harian Ahnaf. Kulit Ahnaf pun makin lembut, macam kulit baby. Herbal Blend memang krim ajaib yang berhantu. Cuma, ekzema ni kata doktor tak ada ubat yang boleh sembuhkan. Kena kawal punca ekzema, baru kurang naik rashes. Ahnaf mewarisi ekzema dari ibu, jadi memang kena standby rashes naik balik bila2 masa je.

– Dari Puan Busyra Mansor

==============================

Testimoni #6: Ruam Kulit

11230378_1435146543454795_1730227005_n

Ini anak buah saya yang menggunakan produk Shaklee iaitu Herba Blend (MPC) yang sebelum ini ada ruam kulit diraut wajahnya dan selepas menggunakannya, al-hamdullilah kulit bersih dan tiada ruam lagi…sungguh ajaibkan!!!
Syukur sangat2 dapat bantu anak buah saya menjaga kesihatan…maklong sayang ADAM Rifqi…

Patutlah Herba Blend ni cepat habis di pasaran…

– Dari Watie Mohamad

===============================

Testimoni #7: Melecur

10735164_1470086413292635_853380086_n

Gambar bawah ni tangan anak saya kene panas. Terpegang lilin tak silap saya masa tahun lepas…

Menangis meraung jugak la syamil..huhu…saya tak fikir panjang..memang sapu vita e dan herbal blend 3 hari berturut2…

3 hari ye…kesan dah hilang macam tak ada ape2…

Sebab tu saya ni suka make sure herbal blend and vitamin e ada kat rumah. Terbaru ni anak kene ekzema pun dah makin baik dengan herbal blend…

– Dari Puan Rehana

Alhamdulillah.. Alhamdulillah.. Alhamdulillah.. Kita hanya mampu berusaha, DIA yang menyembuhkan segala penyakit. Banyak lagi kegunaan krim serbaguna ini. Sekiranya anda menghadapi masalah yang sama, cubalah sapu dengan krim ini. InsyaAllah dengan 1 tiub comel ini dapat mengembalikan kulit yang sihat dan selesa. Harga retail untuk krim ini ialah RM27.50 dan boleh tahan 5-6bulan penggunaan. Sangat-sangat menjimatkan!

Anda juga boleh dapatkan khidmat nasihat percuma untuk kesihatan yang lebih sihat dengan membeli dari kami di MaiSihat. 🙂 🙂 🙂

sid320

Untuk Info & Order:
Norzarina Khalid
019-265 9140 (SMS/Whatsapp/Wechat)
(SID 1150656)
norzarina.khalid@gmail.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *