Khasiat Badam Untuk Kesihatan

Bila cari coklat, suka cari yang ada kacang almond. Kacang almond atau kacang badam ni merupakan kacang yang kaya dengan pelbagai nutrisi untuk kesihatan. Ramai yang takut nak makan kacang badam ni, takut jerawat. Jangan risau, kacang badam adalah kacang yang tidak menimbulkan jerawat dimuka. Malah ia mengandungi protein, serat, kalsium, magnesium, kalium, zinc, selenium, kuprum, phosphorus, biotin, riboflavin, niacin, besi, vitamin E serta antioksida lain yang tinggi.

Walaupun badam mengandungi kuantiti lemak yang tinggi, namun 90% dari lemak dalam badam adalah lemak tidak tepu (unsaturated fat) yang badan kita perlukan. Jom kita lihat khasiat badam yang perlu kita ketahui.

1. Mengurangkan Paras Kolesterol dan Mengurangkan Risiko Serangan Jantung

Satu kajian yang dijalankan di University of Toronto ke atas 27 pesakit yang mempunyai paras kolesterol yang tinggi menunjukkan pengambilan purata 74gm (2 genggam) badam setiap hari selama sebulan telah berjaya menurunkan 9.4% daripada paras kolesterol di dalam badan mereka. Penurunan ini menunjukkan menurunnya risiko serangan jantung.

Asid folik yang terdapat di dalam badam dipercayai dapat menurunkan paras homocystein yang boleh menyebabkan salur darah menjadi sempit sekaligus mengurangkan risiko penyakit jantung dan darah tinggi.

Magnesium membantu melembutkan saluran darah, dan menyebabkan pengaliran darah, oksigen, serta nutrien dalam badan dapat berjalan dengan baik. Kajian menunjukkan kekurangan magnesium bukan sahaja boleh menyebabkan serangan jantung, tetapi juga boleh menyebabkan kecederaan pada jantung selepas serangan.

Kalium pula penting untuk sistem transmisi saraf dan otot. Ia penting dalam mengawal tekanan darah serta perjalanan jantung. 

2. Menurunkan Berat Badan

Kajian menunjukkan badam dapat membantu mereka yang menghadapi masalah obesiti atau mereka yang ingin kurangkan berat badan. Asid lemak tidak tepu yang terdapat dalam badam mampu mengurangkan selera dan mencegah makan berlebihan. Zat yang terkandung dalam badam bukan sahaja mampu menyekat selera, tetapi juga akan memberikan tenaga. Jadikan badam sebagai snek sihat setiap hari, dapat membantu mengawal selera makan.

3. Menguatkan Ingatan

Badam merupakan sumber zat yang dapat membantu dalam perkembangan otak. Sebab itu beribu-ribu tahun dahulu ia telah digunakan oleh masyarakat di Timur Tengah, Iran, Afghanstan, Pakistan, dan juga India untuk tujuan meransang minda dan meningkatkan daya ingatan bagi tujuan penghafalan Al-Quran, Hadis dan juga lelbagai ilmu.

4. Membantu Menghalang Osteoporosis

Kira-kira 25-30 biji badam mempunyai kandungan kalsium sama seperti terdapat dari 1/4 cawan susu, ini dapat menghalang osteoporosis. Malah, kalsium yang ditemui dalam badam juga boleh merendahkan risiko kanser kolon dan tektum.

5. Menghalang Batu Karang

Terdapat kajian mendapati sekiranya wanita yang memakan sekurang-kurangnya 30gm badam dalam seminggu, dapat mengalami penurunan 25% risiko batu karang.

6. Melancarkan Peredaran Darah

Bila tekanan darah kita turun, ia akan menyebabkan kita menjadi stress. Oleh itu, vitamin dan mineral yang terdapat pada badam bermanfaat untuk melancarkan peredaran darah sekaligus mencegah stress.

7. Mengelakkan Kecacatan Kepada Bayi

Bdam mengandungi kandungan folate yang tinggi. Ia amat penting bagi wanita hamil. Folate dapat membantu mengelakkan dari kecacatan pada bayi ketika hamil.

8. Badam Mencantikkan Kulit.

Badam yang diekstrak minyaknya, dapat membantu melegakan sakit dan lenguh otot, mampu memperbaiki kecerahan kulit, membuat wajah berseri dan mengurangkan lingkaran gelap jika digosokkan dikulit.

Haa banyakkan khasiat badam untuk kesihatan. Makan sikit2, amalkan setiap hari. Kalau nak tahu, 1 tablet Ostematrix bersamaan dengan 80 biji badam. Telan sebiji Ostematrix, dah selamat 80biji badam masuk perut hehee 😄

Jangan lupa makan badam setiap hari. 😉

sid320

Untuk Info & Order:
Norzarina Khalid
019-265 9140 (SMS/Whatsapp/Telegram)
(SID 1150656)
norzarina.khalid@gmail.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *