Kesihatan Jantung

Setiap individu pasti inginkan suasana yang ceria dan sihat dari segi fizikal, mental dan sosial. Namun, semasa kita berada dalam keadaan gembira, sesuatu yang tidak diduga boleh berlaku secara tiba-tiba. Sakit jantung boleh terjadi pada bila-bila masa walau di mana kita berada. Sakit jantung merupakan pembunuh nombor satu di Malaysia. Walau bagaimanapun, penyakit ini boleh dicegah, dirawat dan dielakkan.

Jantung adalah organ yang terdapat di dalam badan kita. Ia dibina dari otot yang kuat dan mendapat bekalan darah dari jaringan saluran darah yang mengelilinginya. Jantung mengepam darah untuk membekalkan oksigen dan zat makanan ke seluruh badan melalui sistem peredaran darah. Jantung yang sihat berupaya mengepam 10 ribu liter darah sehari dan berdenyut kira-kira 100 ribu kali sehari iaitu antara 60 hingga 80 kali seminit. Sakit jantung berlaku apabila salur darah jantung menjadi sempit. Penyempitan ini berlaku kerana dinding sebelah dalam saluran darah diselaputi lemak terutamanya kolesterol.

1400093424heart-attack,jpg

Antara punca utama penyakit jantung menyerang:

  • Keturunan – ia berkait rapat dengan sejarah keluarga.
  • Tekanan – keadaan ekonomi yang tidak stabil, tekanan di tempat kerja, ego kerana merasakan tidak ada masalah kesihatan, lebih suka pendam masalah. Mungkin kerana tidak mahu membebankan masalah kepada ahli keluarga yang lain, akibatnya, tekanan seperti inilah membuatkan kita mudah untuk mendapat serangan sakit jantung.
  • Merokok – merupakan faktor penting dalam meningkatkan risiko penyakit jantung.
  • Alkohol – pengambilan minuman alkohol lebih kerap berlaku di kalangan lelaki.
  • Kurang aktiviti senaman – orang yang kurang bersenam dan mengamalkan cara hidup yang tidak aktif berisiko untuk mendapat serangan sakit jantung
  • Masalah kegemukan – lelaki yang mempunyai berat badan berlebihan terutamanya di bahagian perut lebih berisiko.
  • Tabiat pemakanan – makanan yang mengandungi kolestrol, gula dan garam natrium yang tinggi akan menyebabkan penyakit kencing manis dan darah tinggi yang akan menambahkan risiko penyakit jantung.

Antara tanda-tanda awal penyakit jantung:

  • Sakit dada semasa melakukan aktiviti kecergasan seperti apabila berjalan laju, naik atau turun tangga, bermain bola, berjoging atau sebagainya.
  • Badan merasa cepat penat, sentiasa termengah-mengah, lelah atau batuk berlebihan. Kebolehan melakukan aktiviti yang biasa dilakukan berkurangan daripada biasa.
  • Terasa letih, lesu, pening dan mudah pitam. Anda boleh merasakan denyutan jantung anda bergerak laju (palpitasi) dan cepat berpeluh.

Pencegahan penyakit jantung:

  • Mengenal dan mengawal faktor risiko.
  • Tidak merokok atau berhenti merokok.
  • Mengamal gaya hidup sihat.
  • Makan makanan kurang lemak, kurang gula, kurang garam natrium.
  • Lebihkan pemakanan serat tinggi, sayur dan buah-buahan.
  • Lakukan senaman arobik yang berkala, iaitu sekurang-kurangnya 5 kali seminggu selama sekurang-kurangnya 30 minit setiap sesi. Senaman seperti berjalan laju, jogging, berbasikal, berenang amat digalakkan.
  • Mendapatkan rawatan awal dalam mengawal tahap gula rendah, kolestrol dan tekanan darah yang ideal.

Tips kesihatan:

  • Mengamal gaya hidup sihat. Mula dari peringkat remaja dan kekalkan pada peringkat dewasa.
  • Melakukan pemeriksaan saringan yang berkala sekurangnya sekali setahun. Pemeriksaan ini termasuk periksa darah untuk kencing manis, kolestrol dan tekanan darah. Jika berisiko atau sudah menjangkau umur 40 tahun lakukan ujian senaman.
  • Jika ada tanda-tanda awal, jumpa doktor untuk pemeriksaan.
  • Jika perlu makan ubat-ambil dengan yakin.

Antara suplemen Shaklee yang disarankan untuk pesakit jantung ialah:

Omega Guard:

  • memelihara kesihatan jantung
  • menurunkan paras kolesterol
  • meningkatkan metabolisme badan untuk membakar lemak

CoQ Health:

  • menyokong penghasilan tenaga bagi jantung
  • menggalakkan dan melindungi arteri terhadap pengoksidaan LDL
  • meningkatkan peredaran darah
  • membantu menambah dan mengekalkan paras CoQ10 di dalam darah

Phytocol-ST:

  • membekalkan 2000mg fitosterol sehari
  • menurunkam paras kolesterol secara semulajadi
  • menghalang penyerapan kolesterol dalam darah

Kita hanya mampu berusaha yang terbaik untuk diri dan keluarga kita, namun Dia yang menetukan segalanya. InsyaAllah.^_^

Boleh dapatkan khidmat nasihat percuma untuk kesihatan yang lebih sihat dengan membeli dari kami di Maisihat.

sid320

Untuk Info & Order:
Norzarina Khalid
019-265 9140 (SMS/Whatsapp/Wechat)
(SID 1150656)
norzarina.khalid@gmail.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *