Kenali Sistem Pertahanan Badan Anak

Healthy-Children-Happy

Hari ini ber’blogwalking’ sangat tertarik dengan 1 artikel ini dari DEMC Shah Alam. Info menarik tentang imuniti atau lebih dikenali dengan sistem pertahanan badan anak kita. Dah ada anak, kenalah ambil tahu lebih sikit kan.

Apa yang dapat dikongsikan, menurut Pakar Kanak-kanak dari Pusat Perubatan Darul Ehsan (DEMC), Dr. Fadzillah Ghazali, pengambilan imunisasi, pemakanan yang seimbang, elakkan kawasan sesak dengan orang ramai, pengambilan makanan tambahan dan persekitaran yang bersih adalah langkah asas dalam membantu pencegahan jangkitan penyakit.

Sistem imun anak-anak kita masih belum cukup matang. Terutamanya yang masih bayi lagi. Jadi pastikan anak-anak kita tidak terdedah kepada serangan bakteria dan virus dalam persekitarannya. Jika penyakit biasa ini menyerang anak-anak berulang kali, ia boleh menganggu tumbesaran dan perkembangan anak-anak. Misalnya demam yang berlaku di bawah 38ºC dianggap demam biasa, tetapi jika suhu badan naik melebihi 38ºC hingga 40ºC, anak perlukan rawatan segera. Tambah beliau lagi, jangan meremehkan hal ini kerana suhu badan yang terlalu tinggi, mungkin menyebabkan komplikasi yang tidak dijangka. Malah anak mungkin boleh terkena sawan tarik. Lebih kronik lagi jika ia berlaku berulang kali dan boleh menyebabkan berlaku kerosakan pada otak anak.

Begitu juga dengan batuk, jika ia dibiarkan berterusan ia akan menyebabkan berlakunya jangkitan kuman pada paru-paru anak yang boleh mengancam nyawa. Jadi, janganlah anggap batuk, demam, selsema dan penyakit biasa lain sebagai hal yang remeh temeh sehingga membiarkan ia berterusan tanpa mendapatkan rawatan doktor.
Kepada mereka yang mempunyai anak-anak yang berusia di bawah umur 5 tahun, segeralah membawa anak ke hospital berdekatan jika penyakit biasa ini menyerang anak-anak. Jika ia tidak sembuh degan kadar yang segera, mungkin anak telah dijangkiti kuman atau bakteria yang boleh mengancam nyawanya.

Beliau juga mengingatkan bahawa anak-anak yang mempunyai masalah penyakit lain seperti sakit jantung, masalah buah pinggang, atau masalah kronik yang lain, perlu sentiasa mempunyai tahap kesihatan yang baik untuk mengelak komplikasi dan penyakit kroniknya menjadi lebih kronik.

Antara penyakit biasa yang boleh dialami oleh si manja.

Demam

anak-demam-jangan-panikSatu gejala atau petunjuk pada masalah lain. Biasanya disebabkan jangkitan cirus atau bacteria. Ia adalah sebahagian dari mekanisme pertahanan badan. Namun, demam yang terlalu tinggi boleh menyebabkan sawan demam yang jika terlalu kerap berlaku akan merosakkan system saraf otak anak dan menganggu anak-anak.

Sawan

13397806181797896424Paling kerap disebabkan oleh demam dengan suhu badan yang terlalu tinggi hingga mencecah 40ºC. Sekiranya ia terjadi sekejap dan tidak berulang (kurang dari setengah jam), ia tidak berbahaya. Namun jika sawan panjang dan berulang kali dalam masa 24 jam ia boleh menyebabkan kerosakan pada otak dan menganggu perkembangan anak. Anak akan mendapat komplikasi seumur hidup.

Penyakit kulit biasa

Terdapat 3 yang biasa dijangkiti oleh anak anda ialah impetigo, eczema, dan ruang lampin. Ketiga-tiga ini jika dibiarkan berterusan akan menyebabkan wujud masalah penyakit kulit kronik.

Impetigo

Jangkitan kulit akibat bakteria yang mungkin berkembang apabila ruam seperti ekzema telah dijangkiti. Biasanya ia menyerang pada bahagian kulit tangan dan kaki. Ia sering menyerang anak-anak terutama jika kebersihan anggota badan kurang diberi perhatian.

Ekzema

eczemaMenyebabkan radang, gatal, kering, mengelupas, kemerahan, dan bersisik. Kesan penyakit ini pada kanak-kanak boleh dilihat pada bahagian pelipat pada lutut dan siku, atas punggung, buku lali, belakang telinga, muka dan ku;it kepala. Biasanya mula timbul antara usia tiga bulan hingga dua tahun.

Ruam lampin

Kira-kira 10 peratus bayi dan kanak-kanak berusia bawah dua tahun mendapat ruam lampin. Mengalami keradagan kulit terutama pada bahagian punggung, kemaluan, celah kelangkang dan bahagian dalam paha. Ia berlaku disebabkan lampin tidak kerap ditukar atau kesan-kesan sabun yang tidak dibilas dengan betul.

Selsema

pg-toddler-sick-soothers-congestion-fullAnak yang mengalami masalah ini akan berasa hidung tersumbat dan berhigus. Tanda-tanda lain seperti sakit tekak, batuk, rasa tidak selesa dan susah tidur yang menyebabkan dia merengek kerana tidak selesa. Masalah ini biasanya disebabkan oleh jangkitan virus.

Batuk

Batuk-Berdarah-Pada-AnakBatuk adalah satu refleksi sihat yang membantu mengeluarkan lendir dari saluran pernafasan. Pada masa yang sama, batuk juga merupakan refleksi pertahanan tubuh manusia apabila berlaku ketidakseimbangan system badan. Ia perlu dipandang secara serius jika anak mengalami demam yang kuat, sukar bernafas dan warna kahak berubah menjadi kuning atau hijau. Ia boleh mendedahkan kanak-kanak kepada pelbagai jenis jangkitan saluran pernafasan yang boleh mengancam nyawa jika ia dibiarkan berterusan.

Cirit-Birit

Cegah Flu AnakSekiranya anak mengalami cirit-birit, dia akan membuang air besar yang lebih kerap daripada biasa. Ia berlaku kerana ia mengalami jangkitan virus. Ia akan menjadi bahaya disebabkan kekurangan air yang teruk boleh menyebabkan komplikasi dan kematian.

Tips tingkatkan daya imuniti:

Imunisasi

193054_vaksintsgd Imunisasi berkesan untuk melindungi si manja sebelum diserang penyakit yang boleh membawa maut. Penvaksinan boleh dilakukan ketika si manja sihat mengikut Jadual Imunisasi yang disyorkan untuk kanak-kanak oleh Kementerian Kesihatan Malaysia. Melalui vaksin, ia bertindak dengan meransang tindak balas imun secara tiruan terhadap antigen tertentu dalam badan anak. Seterusnya mengeluarkan antibodi untuk menentang virus untuk melawan penyakit.

Susu Ibu

Baby Breast Feeding Ia adalah ‘cecair emas’. Ini boleh menguatkan system imun si manja. Susu pertama bayi adalah kolostrom, kaya dengan antioksida dalam bentuk vitamin E dan beta karotena yang melindungi bayi dari sebarang kuman. Juga ia melidungi pelbagai faktor perlindungan yang mengurangkan risiko antaranya cirit-birit, jangkitan telinga, jangkitan salur pernafasan akut yang lain. Pemberian susu ibu secara ekslusif sepanjang enam bulan pertama adalah yang terbaik dan hendaklah diteruskan sehingga dua tahun.

Persekitaran yang sihat dan ceria

happy-children Elakkan membawa anak di kawasan yang sesak dengan orang ramai dan mereka yang tidak sihat. Bawa mereka ke taman permainan untuk melakukan aktiviti fizikal seperti senaman, berjoging, berenang, bermain badminton atau menunggang basikal yang boleh membantu meningkatkan kecekapan fungsi imun. Paling penting, jangan dedahkan anak-anak kepada asap rokok kerana ia mengandungi toksin yang boleh melemahkan system imun dan merosakkan sel-sel imun anak-anak anda yang masih belum matang.

Emosi positif
Anak yang menghadapi tekanan mampu mengurangkan keupayaan system imun untuk menentang jangkitan yang menyebabkan mudah dijangkiti penyakit. Oleh itu, wujudkan emosi yang positif supaya anak gembira. Lakukan aktiviti bersama seperti membaca, mewarna, melukis dan bermain bersama-sama anak-anak. Suasana seperti ini boleh membantu menguatkan system imun kerana ia membantu mengurangkan hormon tekanan dan menambahkan sel imun.

Pemakanan yang seimbang

piramid-makanan-bagi-kanak-kanak-copy Apa yang anak kita makan boleh mempengaruhi system imunnya. Jadi hidanglah makanan yang berzat untuk dia membesar dengan system pertahanan badan yang kuat. Hasil kajian menunjukkan risiko penyakit berjangkit adalah lebih tinggi dikalangan kanak-kanak yang kekurangan zat makanan. Jadi sediakan diet yang lengkap dan seimbang untuk anak. Rujuk kepada Panduan Piramid Makanan yang dapat membantu menjamin system imun si manja berfungsi dengan baik.

Dipetik dari Pa&Ma September 2010 – (Oleh Dr. Fadzillah Ghazali)

 

Selain itu, ibu bapa juga boleh mencuba cadangan set asas Shaklee untuk kanak-kanak bagi membantu menguatkan sistem pertahanan dalam badan mereka. Ia mengandungi Chewable Vita-C, Mealshake, dan Omega Guard. Kebaikan vitamin2 tersebut boleh lihat di sini.

Tidak salah jika kita buat sedikit pelaburan yang terbaik untuk anak2 kita. Lebih2 lagi anak2 yang dah mula bersekolah ataupun masih di nursery, mereka lebih terdedah kepada persekitaran yang perlu dijaga. Bila anak2 sentiasa sihat, cerdas, cergas, dan ceria, ibu bapa juga yang senang hati kan. ^_^

Kita hanya mampu berusaha yang terbaik untuk anak2, Dia yang menentukan segalanya. InsyaAllah.^_^

Boleh dapatkan khidmat nasihat percuma untuk kesihatan anak2 dengan membeli dari kami di Maisihat.

sid320

Untuk Info & Order:
Norzarina Khalid
019-265 9140 (SMS/Whatsapp/Wechat)
(SID 1150656)
norzarina.khalid@gmail.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *