Kenali Jenis Pening Kepala Anda

Assalamualaikum,

Hari ini KakIna nak share tentang jenis-jenis pening kepala. Bila kita kerap sangat pening kepala, kita kena tahu jenis pening kepala yang mana kita selalu kena. Adakah migrain, adakah pening biasa, adakah sebab stress? Haa banyak jenis pening kepala ni.

Ramai orang selalu sakit kepala, tapi tak ramai yang tau sakit kepala jenis yang mana. Kalau jumpa doktor pun, doktor akan tanya sakit belah mana kan. Jom kenali jenis pening kepala anda.

1. Tension Headache
Sakit kepala macam ni ramai yang biasa kena. Masa sakit kepala ni, otot pada bahagian kepala akan menegang dan hantar sakit tu ke otak. Sakit kepala janis ini dirasai dengan kepala terasa tegang dan berat.

2. Migrain Headache
Sakit kepala migrain pun ramai yang selalu kena. Migrain ni terjadi bila ada pembuluh darah yang mengalami pembengkakan. Ini kerana badan kita terlalu stress, kurang tidur dan juga cara pemakanan yang tak baik.

Sakit kepala migrain dirasai dengan sakit kepala yang berdenyut kuat di sebelah bahagian sahaja, dan biasanya disertai mual, muntah, dan sensitif dengan cahaya dan suara.

3. Cluster Headache
Jarang orang kena cluster headache ni. Sakit kepala jenis ini biasanya datang secara mengejut dan membuat pesakit rasa sakit tiba-tiba. Rasa sakit yang menyucuk-nyucuk di bahagian sebelah kepala atau sekeliling mata.

Apabila diserang rasanya amat-amat tegang dan rasa sakit kepala yang teruk kadang-kadang sehingga 30 hingga 45 minit sekali menyerang. Paling dahsyat sekali ia boleh menyerang beberapa kali dalam sehari.

4. Sinus Headache
Sakit kepala sinus ini disebabkan oleh pembengkakan, peradangan, ataupun infeksi di beberapa bahagian sinus kepala. Kalau demam pun boleh jadinya sakit kepala sinus ni. Kalau belum elok kena cepat jumpa doktor sebab takut cecair/sinus di kepala sudah bernanah dan sebagainya.

—-

Jadi bila pening, kenal pasti dekat mana bahagian yang rasa sakit. Cuba baring, tenangkan kepala, rehat secukupnya. Jumpa doktor sekiranya keadaan tidak reda atau anda rasa diserang migrain. Penting sangat untuk kenali jenis pening kepala anda. Senang untuk atasinya.

Untuk suppliment harian yang dapat membantu mengurangkan rasa pening kepala, anda boleh cuba ambil B Complex dan Ostematrix.

B Complex:

– Mengandungi B2, B6, B12 dan asid folic yang dapat membantu mengurangkan kekerapan migrain.

Ostematrix:

– Mengandungi Kalsium dan Magnesium yang dapat membantu melegakan rasa sakit di kepala.

Nak tahu tentang suppliment lain, boleh WhatsApp atau Email KakIna. Kawan2 juga boleh lihat di Facebook Page kami di Kedai Vitamin Simpang Ampat Penang ataupun di Instagram kami di sihat.cergas_bymaisihat 😃😃

sid320

Untuk Info & Order:
Norzarina Khalid
019-265 9140 (SMS/Whatsapp/Telegram)
(SID 1150656)
norzarina.khalid@gmail.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *