Cegah Minor Strok Dengan Shaklee

Apakah Strok?

TIA

Strok adalah serangan otak yang terjadi apabila bekalan darah ke otak terganggu. Otak adalah pusat saraf tubuh, mengawal setiap apa yang kita lakukan atau fikirkan, di samping mengawal fungsi-fungsi automatik seperti pernafasan.

Untuk berfungsi, otak memerlukan bekalan darah berterusan yang membawa oksigen dan nutrien yang amat penting. Apabila saluran darah di dalam otak pecah ataupun tersumbat, bekalan darah akan terhenti dan sel-sel otak akan kekurangan oksigen dan nutrien.

Minor stroke boleh dikenalpasti melalui gejala-gejala berikut: –

  • Kebas secara tiba-tiba, lemah, atau kelumpuhan muka, lengan atau kaki-biasanya pada sebelah badan
  • Sukar bercakap secara tiba-tiba atau memahami pertuturan
  • Kabur penglihatan secara tiba-tiba
  • Pening secara tiba-tiba, hilang keseimbangan atau hilang tumpuan
  • Sakit kepala yang teruk atau sakit kepala yang luar biasa, boleh diiringi dengan rasa leher yang tegang, sakit di bahagian muka, sakit di antara mata anda, muntah
  • Keliru atau ada masalah dengan ingatan

Gejala minor stroke lebih kurang sama dengan major stroke. Minor stroke boleh DICEGAH dari berulang dan menjadi lebih teruk jika pesakit UBAH cara hidup.

– Ubah tabiat merokok. Merokok bukan hanya meningkatkan risiko berulang berkali ganda, malahan jika pesakit makan ubat yang diberi doktor, risikonya tetap tinggi selagi tidak berhenti merokok. Kurangkan sedikit demi sedikit.

– Ubah tabiat makan makanan tinggi kolestrol, makanan berlemak dan garam. Kolestrol menyempitkan lagi saluran darah terutama warga emas yang sememangnya semakin sempit selari dengan pertambahan usia.

– Buat senaman. Senaman tidak semestinya berjogging berkilo2, atau aeorbik berjam2. Cukup hanya dengan berjalan. Berjalan selama 20min sehari, 3 kali seminggu kadang-kadang boleh memberi kesan yang besar pada kesihatan.

Biasanya doktor akan bagi ubat untuk mencairkan darah, merendahkan tekanan darah, merendahkan tahap kolestrol dan ubat untuk beri kesan degupan jantung yang teratur. Pesakit perlu makan ubat yang diberi oleh doktor dengan teratur. Namun, ada keadaan di mana pesakit sangat susah untuk telan ubat dalam kuantiti yang banyak lebih-lebih lagi mereka yang tidak biasa dengan ubat-ubatan. Adakalanya pesakit skip 1 jadual makan ubat. Ubat-ubatan ini adalah sangat penting untuk diambil secara konsisten.

Pemulihan

 strke1

Pemulihan segera adalah amat penting di mana setiap pesakit perlu mendapatkan rawatan pemulihan secepat mungkin. Semakin cepat terapi pemulihan dimulakan, semakin cepat otak mempelajari semula pergerakan yang normal dan kelewatan akan menyukarkan proses pemulihan.

Terapi pemulihan meliputi fisioterapi, terapi cara kerja, terapi pertuturan dan kaunseling.

Bagaimana nak bantu mengurangkan risiko minor strok berulang dengan vitamin?

Omega Guard:

omega-guard (1)

Omega 3 yang terkandung dalam Omega Guard merupakan nutrien utama untuk mencegah masalah pembuluh darah, mengurangkan kolestrol dan mencegah kolestrol daripada mengeras di bahagian organ dan pembuluh darah.

Kandungan EPA dan DHA dalam Omega Guard juga penting untuk mencegah penyakit jantung koronori.

Boleh lihat lebih info tentang Omega Guard di sini.

Vivix:

VIVIX-3

Bagi yang tidak boleh menelan kapsul dan mempunyai bajet yang lebih, sangat digalakkan untuk mengambil Vivix. Vivix merupakan sirap tonik Shaklee dan merupakan minuman botanikal 1001 rahsia.

Boleh lihat lebih info tentang Vivix di sini.

Boleh dapatkan khidmat nasihat percuma untuk kesihatan yang lebih sihat dengan membeli dari kami di Maisihat.

sid320

Untuk Info & Order:
Norzarina Khalid
019-265 9140 (SMS/Whatsapp/Wechat)
(SID 1150656)
norzarina.khalid@gmail.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *