Atasi Masalah Kejang Otot Semasa Hamil

Assalamualaikum, Salam Ceria Semua ☺️☺️

Hari ini nak kongsi salah satu masalah yang selalu terjadi dekat ibu2 mengandung. KEJANG OTOT. Biasa dengar kan? Ataupun lebih dikenali dengan simpul biawak/simpul mengkarung. Berapa banyak simpul daa hehee 😅😅

Kejang kaki ini biasanya terjadi dalam trimester kedua dan ketiga. Ia dikatakan berlaku disebabkan asid yang terkumpul dalam serat otot, yang membuatkan otot kita menjadi tegang. Lagi tak menyenangkan kejang otot ini selalu terjadi pada waktu malam ketika sedang lena tidur. Silap pusing kaki, menjerit sakit huhuu

Jom kita lihat beberapa teori tentang mengapa kekejangan kaki berlaku semasa hamil.

☘ Kekurangan nutrien dan garam seperti kalsium atau magnesium dalam darah.

Ini berlaku kerana bayi akan serap kalsium dan magnesium dari badan kita untuk membesar dan membentuk. Disebabkan itu, badan kita kehilangan dua nutrisi penting ini.

☘ Uterus (rahim) semakin membesar dan memberi tekanan ke atas salur darah besar pada kaki kita.

Ini juga salah satu dari kesan hormon kehamilan iaitu progesteron yang boleh memberi kesan kepada otot kaki kita.

☘ Banyak melakukan pergerakan seperti bersukan atau berdiri sepanjang hari yang boleh membuatkan otot kita letih, apalagi ketika kandungan makin sarat kan.

Dah tahu puncanya, jom kita lihat bagaimana untuk melegakan kesakitan kejang otot ini.

☘ Buat regangan. Mulakan dengan menegakkan kaki dan gerakkan tapak kaki perlahan-lahan. Mula-mula akan berasa sakit, jangan risau sebab sakit itu akan hilang perlahan-lahan.

☘ Urut otot yang kejang.

☘ Jalan perlahan-lahan sehingga sakit itu benar-benar hilang dan boleh berjalan seperti biasa.

Mesti ramai nak tahukan bagaimana nak elakkan kekejangan ini dari berlaku.

☘ Senaman regangan kaki.

Berdiri satu meter daripada dinding dan unjurkan badan ke hadapan dengan tangan diregangkan untuk menyentuh dinding. Pastikan tapak kaki melekap pada lantai. Tahan selama lima saat. Ulang senaman ini selama lima minit, tiga kali sehari terutamanya sebelum masuk tidur.

☘ Senaman tapak kaki.

Bengkokkan tapak kaki ke bawah dan kemudian tegakkan ke atas dengan cepat sebanyak 30 kali. Buat pada kedua-dua belah kaki. Kemudian, ulangi dengan membengkokkan tapak kaki ke atas sebanyak lapan kali dan ke bawah lapan kali.

☘ Cuba elakkan tidur dengan jari-jari kaki menghala ke bawah.

☘ Cuba elakkan berdiri terlalu lama atau duduk dengan kaki bersilang.

☘ Mandi dengan air suam sebelum masuk tidur.

☘ Minum banyak air. Sekurang-kurangnya 1 hari 3 litre air.

☘ Pakai kasut yang selesa dan boleh menyokong berat badan ibu. Bukan kasut tumit tinggi ye kawan-kawan 😅

☘ Amalkan pengambilan suppliment kalsium dan magnesium.

Walaupun mempunyai kajian ada yang mengatakan mineral ini mungkin tidak memberi kesan kepada kekejangan kaki, namun ramai ibu hamil memberitahu kejang kaki yang dialami oleh mereka,  dapat diatasi malah ada yang langsung tak kena kejang otot semasa hamil bila amalkan suppliment kalsium.

Apa suppliment Shaklee yang sesuai untuk elakkan kejang otot?

Semestinyalah OSTEMATRIX.

IMG_7389

Ostematrix lengkap dengan Vitamin D dan Magnesium. Dah tak perlu lagi cari suppliment kalsium dan magnesium. 1 tablet lengkap dua2 ada. Malah ada lagi nutrien2 lain yang membantu penyerapan yang berkesan ke dalam badan kita.

Antara nutrisi2 yang terdapat dalam Ostematrix:

❤ Kalsium – sumber dari ‘calcium citrate’ iaitu kalsium yang kadar penyerapannya yang tinggi.

❤ Magnesium – membantu menguatkan struktur tulang dan gigi

❤ Vitamin D – merangsang penyerapan kalsium ke dalam badan kita

❤ Boron – membantu dalam metabolisme tulang

❤ Manganese, Copper, Zinc – mengaktifkan enzim untuk kepadatan tulang

Siapa2 yang selalu hadapi masalah ini atau yang masih belum terkena tu, bolehlah cuba ambil Ostemtrix setiap hari. ☺️☺️

Boleh lihat dan like FB Page kami Kedai Vitamin MaiSihat Pineng dan juga instagram kami sihat.cergas_bymaisihat. Nak lagi senang klik link ini untuk terus order Ostematrix anda http://tinyurl.com/MaiSihat 😊😊

sid320

Untuk Info & Order:
Norzarina Khalid
019-265 9140 (SMS/Whatsapp/Telegram)
(SID 1150656)
norzarina.khalid@gmail.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *