Atasi Masalah Kejang Otot Dengan Ostematrix

Assalamualaikum, hari ini KakIna nak kongsikan beberapa testimoni daripada pengguna Shaklee yang dapat atasi masalah kejang otot dengan Ostematrix. Kejang otot atau lebih dikenali dengan ‘cramp’, membuatkan ramai yang rasa tidak selesa terutamanya bila ia mengganggu waktu tidur kita.

Kejang otot berlaku disebabkan asid yang terkumpul dalam serat otot, yang membuatkan otot menjadi kejang. Ia terjadi secara tiba-tiba pada waktu malam terutama apabila sedang tidur atau cuaca sejuk. Ada juga yang mengalaminya ketika memandu kenderaan, menyarung seluar, melangkah tangga atau ketika menukar posisi tidur.

Antara punca berlakunya kejang otot ini disebabkan oleh kekurangan nutrisi. Sebab itu kita digalakkan mengambil makanan tambahan secukupnya terutama Magnesium dan Kalsium.

________

Testimoni pertama dari Ainniah:

"Kaki dah tak cramp masa pregnant" - Ainniah
“Kaki dah tak cramp masa pregnant” – Ainniah

“Masa Ain mengandung anak kedua dah jarang sesangat cramp kaki. Tak macam first pregnancy (belum consume Oste) yang almost every night cramp kaki yang menyakitkan.

Lagi best bila bangun pagi pun senang dan fresh, walaupun tidur lambat, malam bangun beberapa kali untuk menyusu, masa tidur pun 4-6 jam sahaja.

Kalau Ain travel jauh-jauh pun dah tak lenguh kaki atau sakit badan even berjam-jam dalam kereta.”

________

Testimoni kedua dari Ida Rashid:

"Tiada cramp, sakit pinggang, sakit gigi dan sembelit" - Ida
“Tiada cramp, sakit pinggang, sakit gigi dan sembelit” – Ida

“Kak Ida suka Ostematrix sebab dapat bangun dari tidur sepantas kilat cewaahh (sebelum nak tidur macam siput sakit sana sini akibat seharian tak rehat).

Ostematrix juga melancarkan pembuangan air besar, fuhh terbaiikk! Start preggy sampai baby 2 tahun. Memang tak tinggal Ostematrix. Tak makan Ostematrix, gelisah nak bangun pagi.

Ostematrix menjadi pengganti susu. Kak Ida memang tak suka susu cair. Sebelum ni gigi, gusi, tulang sakit-sakit. Lepas amalkan Ostematrix, alhamdulillah dah tak sakit lagi.”

________

Testimoni ketiga dari Jacky Bass:

"Tiada cramp, sakit pinggang, sakit gigi dan sembelit" - Jacky Bass
“Tiada cramp, sakit pinggang, sakit gigi dan sembelit” – Jacky Bass

“Saya sukakan Ostematrix sebab ia adalah teman wajib saya sebelum tidur. Saya makan non-stop sejak hamil dan menyusu sepanjang 4 tahun ni. Tiada cramp, sakit pinggang, sakit gigi dan sembelit.

Ostematrix juga pernah jadi my milkbooster especially bila period.

Paling best sebab dapat tidur lena dan bangun Subuh pun senang!”

________

Alhamdulillah, dengan izinNya mereka dapat atasi masalah kejang otot dengan Ostematrix. Ostematrix ni bukan supplement Kalsium semata. Dalamnya turut mengandungi Vitamin D, Magnesium yang dapat membantu penyerapan Kalsium yang lebih berkesan ke dalam badan kita.

Antara langkah yang boleh diambil jika berlakunya kejang otot:

  1. Urut otot yang kejang menggunakan minyak panas.
  2. Mandi air suam atau letakkan botol air panas pada kawasan kejang.
  3. Berjalan mundar-mandir untuk beberapa minit membantu mengurangkan kejang.
  4. Buat regangan otot betis beberapa kali sebelum tidur. Ia membantu mengelakkan kekejangan pada waktu malam.
  5. Jangan berdiri untuk jangka masa yang lama atau duduk dengan kaki bersilang.
  6. Gerak-gerakkan kaki dan jari kaki apabila anda duduk, di tempat kerja, pada waktu makan malam atau semasa menonton TV.

Jangan biarkan diri rasa tidak selesa. Walaupun kejang otot dianggap normal namun ia boleh mendatangkan bahaya sekiranya kesakitan dirasai berlarutan. Atasinya sebelum terlambat 🙂

Boleh WhatsApp KakIna di 019-265 9140 atau boleh juga lihat di Facebook Page: Kedai Vitamin Tanjung Agas Muar ataupun di Instagram: vitamin.sihat_bymaisihat 🙂

Untuk Info & Order:
Norzarina Khalid
019-265 9140 (SMS/Whatsapp/Telegram)
(SID 1150656)
norzarina.khalid@gmail.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *