MaiSihat: Apakah Itu Osteoporosis?

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera¬†buat kawan2 semua. ūüôā

Apa yang anda tahu tentang Osteoporosis?

– Sakit tulang? tulang tak cukup kalsium? tulang dah tak kuat?

Sebenarnya Osteoporosis ialah kemerosotan kepadatan normal tulang yang boleh menyebabkan tulang menjadi rapuh. Ia boleh menjadikan tulang seperti span dan rapuh dari dalam. Masalah yang berlaku pada tulang rangka ini melemahkan dan menyebabkan tulang retak atau patah semakin meningkat.

osteoporosis

Tulang normal mengandungi protein, kolagen dan kalsium yang menjadikannya kuat.

Kawasan yang biasa mengalami retak tulang ialah tulang belakang, pinggul dan pinggang. Ianya juga turut berkemungkinan berlaku pada tulang rangka yang lain.

bone-mass-curve

Antara faktor yang meningkatkan risiko mendapat Osteoporosis:

  • ATLET profesional yang menggunakan tenaga di tahap optimum
  • KURANG bersenam dan diet KALSIUM yang rendah
  • KURANG VITAMIN¬†D, yang membantu badan menyerap kalsium
  • WANITA di mana mereka akan kehilangan 0.5 peratus kepadatan tulang setiap tahun berbanding lelaki hanya hilang 0.3 peratus setahun
  • Terlalu KURUS dan memiliki kerangka tulang badan yang kecil
  • SEJARAH keluarga menghidap osteoporosis di mana ibu pernah mengalami retak pinggul akibat osteoporosi menjadikan anak berisiko dua kali ganda lebih tinggi
  • Mengalami keretakan atau patah tulang ketika dewasa
  • MEROKOK dan pengambilan alkohol berlebihan
  • Penyerapan¬†nutrien dari makanan tidak sempurna
  • MENOPAUS (putus haid)
  • Paras hormon estrogen yang rendah
  • Rawatan KEMOTERAPI
  • AMENORRHEA, tiada haid di kalangan wanita muda yang mana menyebabkan estrogen rendah
  • INFLAMASI kronik, radang sendi dan penyakit hati kronik
  • HIPERTIROIDISME, penyakit di mana pengeluaran hormon paratiroid berlebihan oleh kelenjar tiroid atau disebabkan pengambilan terlalu banyak ubat mengandungi hormon tiroid
  • PENGAMBILAN sesetengah ubat yang menyebabkan osteoporosis seperti heparin (untuk mencairkan darah)
  • PENDEDAHAN kepada logam berat, pendedahan kepada logam kadmium dan plumbum telah dibuktikan menyebabkan kepadatan tulang semakin merosot dan membawa kepada osteoporosis tanpa mengira usia dan jantina
  • MINUMAN RINGAN, beberapa kajian mendakwa minuman ringan yang mengandungi asid fosforik mungkin meningkatkan risiko osteoporosis

Walau bagaimanapun, senaman yang kerap dan diet yang sihat dengan kalsium tambahan dapat mengurangkan risiko osteoporosis terutama warga tua. Pengambilan kalsium yang lengkap dengan vitamin D dan magnesium adalah sangat penting, supaya kalsium yang diambil diserap dalam tulang sepenuhnya.

Sebab itulah dalam Shaklee terkenal dengan Ostematrix. Ianya bukan sekadar kalsium tapi lebih daripada itu. Anda boleh lihat Rahsia Ostematrix di sini. InsyaAllah banyak manfaat sampingan yang boleh kita dapat. Jangan lupa tengok balik supplement kalsium yang anda ambil. Pilihlah yang terbaik.^_^

Anda juga boleh dapat khidmat nasihat percuma untuk kesihatan yang lebih sihat dengan membeli dari kami di Maisihat.

sid320

Untuk Info & Order:
Norzarina Khalid
019-265 9140 (SMS/Whatsapp/Wechat)
(SID 1150656)
norzarina.khalid@gmail.com

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *