Amalan-Amalan Untuk Ibu Hamil

Assalamualaikum,

Hari ini KakIna nak share tentang amalan-amalan untuk ibu hamil yang boleh kawan-kawan lakukan. Amalan-amalan untuk ibu hamil ini untuk kebaikan bersama, jangan terlalu taksub atau percaya yang bukan-bukan ye. Semuanya yang terbaik hanyalah dari Allah. 🙂

  • Sentiasa bertaubat dan beristighfar kepada Allah S.W.T

“Hai orang-orang yang beriman, bertaubatlah kepada Allah dengan taubat yang sebenar” (At-Tahrim : 8)

  • Banyakkan berdoa kepada Allah S.W.T

Perbanyakkan doa mudah2an dipermudahkan waktu bersalin.

  • Rajin berpuasa sunat

Ibu2 bolehlah berpuasa sunat seperti puasa hari isnin dengan khamis dengan syarat tidak sampai mengganggu tumbesaran baby.

  • Jangan tinggal solat wajib, perbanyakkan solat sunat

Solat wajib jangan ditinggalkan, doa banyak2 kepada Allah mudah2an dipermudahkan segala urusan, dipercepatkan proses bersalin dan sebagainya. Allah Maha Mendengar.

  • Banyakkan berzikir

Ibu2 digalakkan banyakkan berzikir, baca zikir Nabi Yunus, insyaAllah dipermudahkan bersalin.

  • Banyakkan membaca Al-Quran

Bacalah Al-Quran setiap kali lepas sembahyang, anak dalam kandungan turut mendengar bacaan kita, insyaAllah. 🙂

  • Banyakkan baca buku ilmiah

Jadikan membaca sebagai satu hobi buat masa ni. Baca buku2 ilmiah untuk info kita juga.

  • Berbual-bual dengan anak yang berada dalam kandungan

Bayi berusia 5 bulan dalam kandungan dah boleh mula mendengar. Ibu2 dah boleh bercakap dengan baby untuk lihat tindak balas dari baby dari dalam. Mesti ibu2 akan lebih teruja!

  • Lakukan kerja-kerja ringan sebagai senaman untuk memudahkan proses bersalin

Jangan malas nak begerak! Senaman ringkas ataupun buat kerja2 rumah yang ringan, dapat memudahkan proses bersalin.

  • Tidak terlalu tertekan atau stress

Lalui saat2 hamil dengan teruja, gembira. Jauhi sifat2 marah, dendam, dan seangkatan dengannya.

  • Jaga adab dan emosi terhadap suami isteri

Semasa hamil ibu2 akan mengalami ‘sindrom’ mengandung (banyak sangat kerenahnya). Para suami janganlah marah, sabar banyak2 ye. 😉

  • Makan makanan yang baik dan pastikan dari bahan-bahan yang halal dan sumber pendapatan yang halal

Mulakan dengan diet yang seimbang, yang sihat. Ambil suppliment tambahan untuk membantu ibu2 lebih cergas dan bertenaga. Dan juga penting untuk tumbesaran baby yang sihat.

  • Jauhi daripada sifat dendam dan dengki

Ubah sikap dari pendendam kepada pemaaf. Kan lebih baik.

  • Rajin mengukirkan senyuman

Senyumlah setiap masa, fikirkan yang baik2, untuk ibu dan juga anak.

  • Rajin menghadiri majlis-majlis ilmu

Rajinkan diri untuk timba ilmu yang bermanfaat.

Apa yang ibu buat, anak2 akan ikut. Mulakan dengan sikap positif dari awal kehamilan, insyaAllah anak akan baik-baik saja. Banyak lagi amalan-amalan untuk ibu hamil yang boleh kawan-kawan lakukan. Doa banyak-banyak pada Allah. KakIna doakan semua kawan-kawan KakIna selamat melalui fasa-fasa kehamilan dengan sebaiknya. 🙂

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *