MaiSihat: Adakah Anak-Anak Kita Makan Dengan Betul?

Assalamualaikum w.b.t

Mudah2an hari ini lebih baik dan berjaya! 🙂 🙂 🙂

Kadang2 kita selalu tertanya2 adakah anak2 kita ini makan dengan makanan yang sempurna atau tidak? Adakah anak2 kita ini dapat nutrisi yang lengkap untuk membesar dengan sihat dan sempurna?

Bila dah jadi mak2 ni, banyak betul persoalan tentang anak2 kan..ini namenye simptom mak2 hee 😛 😛 😛

AKTIF SIHAT

Sebagai ibu bapa, banyak yang boleh kita lakukan untuk memupuk tabiat makan yang sihat dalam diri anak2 kita. Kita yang menentukan apa yang perlu dimasak dan dihidangkan untuk keluarga.

Kanak2 biasanya akan dianggap kurang mendapat zat makanan apabila mereka selalu kelihatan tidak bertenaga, sering demam, selalu tidak bermaya. Mereka juga lebih mudah mendapat jangkitan dan selalunya tidak mencapai potensi pertumbuhan yang optimum.

Sebab utama anak2 kita mengalami masalah pemakanan ialah kerana tabiat makan yang tidak betul dan pengambilan makanan yang tidak seimbang. Ini berpunca daripada kurangnya ilmu pengetahuan tentang pemakanan di kalangan kita sebagai ibu bapa.

Terbaca 1 info di mana pihak Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) telah menjalankan satu kajian ke atas lebih 9,000 murid sekolah rendah berumur 7-12 tahun menunjukkan bahawa kanak-kanak di Malaysia mempunyai tabiat makan yang tidak sihat dan kurang melakukan aktiviti fizikal. Hasil kajian menunjukkan:

1. Tidak mengambil sarapan

Satu dalam setiap tiga murid sekolah rendah tidak mengambil sarapan. Apabila anak-anak anda tidak mengambil sajian pertama yang penting dalam sehari, mereka tidak mendapat cukup tenaga untuk membolehkan mereka cerdas dan memberi tumpuan dalam kelas. Mereka juga menjadi lesu dan mudah merasa letih.

2. Snek tidak sihat

Empat daripada sepuluh murid sekolah rendah mengambil snek setiap hari. Tabiat makan snek yang tidak sihat, sama ada mengambil snek terlalu hampir dengan waktu makan atau mengambil snek dengan kalori tinggi dan nutrien rendah seperti kentang goreng, coklat dan gula-gula, boleh mengganggu selera anak-anak untuk makan sajian yang sihat apabila tiba waktu makan.

3. Gaya hidup santai dan kurang aktiviti fizikal

Dua daripada lima murid sekolah rendah tidak aktif. Semakin ramai kanak-kanak menghabiskan masa lapang mereka dengan aktiviti santai seperti menonton televisyen, membaca, dan leka dengan permainan komputer/elektronik. Tiada perbezaan besar antara kanak-kanak bandar dan luar bandar.

piramid-makanan-bagi-kanak-kanak-copy

Sebagai ibu bapa, kitalah yang perlu memainkan peranan penting dalam memupuk tabiat pemakanan yang sihat di kalangan anak2 sejak kecil lagi. Pelajari asas pemakanan yang baik dan turunkan pengetahuan ini kepada anak2.

Jom ajar anak2 kita untuk pilih makanan dengan bijak serta mengamalkan tabiat makan yang sihat dan gaya hidup yang aktif sejak kecil. Mudah2an mereka dapat membesar dengan sihat dan kuat. Boleh lihat di sini untuk makanan yang terbaik untuk keluarga dan kepentingan vitamin untuk anak2. 🙂 🙂 🙂

Semoga kita semua sentiasa dilindungi dan disayangi Allah selalu. InsyaAllah.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *