5 Makanan Yang Terbaik Untuk Kesihatan Seisi Keluarga

keluarga-bahagia

Hari ini nak kongsikan 5 jenis makanan kesihatan yang terbaik untuk seisi keluarga terutamanya ibu dan ayah kita. Tips ini boleh juga diamalkan untuk persediaan menghadapi hari tua yang aktif dan sihat. ^_^

1. Sayuran Hijau Berdaun

Chinese-Cabbage2

  • Kenapa: Untuk kesihatan mata. Mengikut kajian, lebih kurang 60% warga tua yang berumur 60 tahun ke atas akan mula mengalami masalah katarak sama ada sedikit ataupun banyak
  • Sayuran hijau berdaun mengandungi lutein (sejenis bahan antioksidan) yang mampu melindungi proses oksidan dalam mata yang menyebabkan selaput
  • Lutein juga mampu melindungi masalah penglihatan lain seperti macular degeneration

2. Oat

oats

  • Kenapa: Untuk merendahkan tekanan darah
  • Tekanan darah tinggi yang biasa dihidapi oleh warga emas sangat berisiko memberikan serangan jantung dan strok. Makanan yg tinggi dengan serat seperti oat dan roti tinggi serat dapat membantu mengurangkan kadar kolestrol dan merendahkan tekanan darah
  • Kebaikan makanan bijirin yang tinggi serat seperti oat ini akan membantu penyerapan gula dalam darah secara terkawal dan membekalkan tenaga berterusan dan mampu mengawal Diabetes Jenis 2.
  • Satu kajian dari Universiti di US mendapati bahawa, memakan oats sebanyak 6 kali sehari dapat mengurangkan tekanan darah

3. Beras Perang

beras-perang-UKM

  • Kenapa: Untuk tenaga
  • Beras perang adalah sejenis “whole grains” yang bermaksud, bahagian luarnya masih tidak dibuang untuk mendedahkan bahagian dalamnya yang putih
  • Secawan beras perang memberikan 90% unsur manganese iaitu sejenis mineral yang digunakan untuk menukar protein dan karbohidrat kepada tenaga
  • Beras perang juga mengandungi 90% kandungan fiber dan zat besi berbanding beras putih biasa
  • Kandungan Vitamin B adalah 70-90%
  • Makanan yang tinggi dengan fiber akan memberikan rasa kenyang dengan lebih lama
  • Wanita yang mengambil makanan yang mengandungi banyak fiber akan lebih kurang risiko dalam 49% untuk gemuk berbanding wanita yang makan beras atau roti putih

4. Ikan

ikan-berkhasiat-menurunkan-risiko-kanker-usus-besar

  • Kenapa: Untuk kesihatan sendi
  • Ikan merupakan makanan yang sangat kaya dengan Omega-3, asid lemak perlu untuk badan kita yang sangat berguna untuk kesihatan sendi
  • Asid lemak ini mampu menukar enzim yang merosakkan rawan menyebabkan kesakitan dibahagian sendi
  • Amalkan memakan ikan seperti mackarel, salmon, tuna dan sardin sekurang2nya 2 kali seminggu untuk mendapatkan Omega-3 yg lebih kerana ikan2 yang berminyak/berlemak lagi banyak kandungan Omega3nya

5. Telur

telor 01

  • Kenapa: Untuk jantung yang lebih sihat
  • Ramai yang mengatakan telur tidak bagus untuk jantung, tetapi kajian dari Harvard School of Public Health in US, telah menemui tiada kaitan yang significant antara telur dan penyakit jantung
  • Satu kajian juga yang disiarkan dalam Biological and Pharmaceutical Bulletin telah menjumpai bahawa protein di dalam kuning telur dapat memperlahankan proses pembekuan darah di saluran jantung yang dapat mengurangkan risiko serangan jantung
  • Telur juga mengandungi kandungan lutein yg dapat memelihara penglihatan yg baik
  • Sebaiknya amalkan memakan telur ayam kampung kerana ianya fresh dan organik dan kandungan zat yg tinggi.

notakaki: Whole grain merupakan bahan makanan yang tergolong biji-bijian (serelia), namun setelah diproses masih mengandung bran (dedak), endosperm (lembaga), dan germ (embrio) secara proporsional. Contoh bahan makanan yang tergolong biji-bijian antara lain padi, gandum dan jagung. Sedangkan contoh whole grain yang berasal dari padi adalah beras merah, kerana masih mengandungi ketiga bahagian yang disebutkan diatas. Nasi putih (white rice) tidak termasuk whole grain kerana ada beberapa bahagian yang hilang pada saat penggilingan.

Jom sama2 kita amalkannya untuk mendapat kesihatan yang terbaik. Hargai kesihatan kurniaan ALLAH dgn mengamalkan diet yg sihat!Semoga bermanfaat..^_^

Kita hanya mampu berusaha, Dia yang menentukan segalanya.

sid320
Untuk Info & Order:
Norzarina Khalid
019-265 9140 (SMS/Whatsapp/Wechat)
(SID 1150656)
norzarina.khalid@gmail.com

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *